Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Sunday, November 15, 2015

jom sihat dengan teh hijau!

Hai uolls.

Kelaaaass sangat tajuk entri kali ni kan. Macam kempen iklan kat tv je da. Haha. Ni sumer gara-gara iri hati tengok opismate yang makin selim melim, sedangkan ai makin tembam. Especially lepas raya ari tuh. Makan non-stop. Sekarang baru rasa nyesal tak hengat. Mula la rasa nak salahkan mak masak sedap sangat. 😅

So, sempena rasa iri hati ati yang makin menggebu tu, ai kuarkan entri ni khas untuk kita-kita yang suka makan 3 4 pinggan nasik non stop, pastu rase nyesal bile da makan kenyang-kenyang. Hahaha.

Mudah je cara dia. Minum teh hijau. Bahasa omputih nye 'green tea'. Ai pun pestime ni nak try rase air teh kaler ijau. Selalu minum yang kaler coklat tu jek. Hihi so, ai beli jek teh hijau cap boh. Senang nak dapat kat mana-mana supermarket pun.

Sumber ehsan dari encik Google
Da la murah, banyak lak khasiat dia. Antara salah satunya, boleh kurangkan berat badan. Sebabnya, teh hijau ni boleh mempercepatkan pembakaran kalori & menghalang penyerapan lemak dari bahan yang korang makan tu. Lagipun rasa dia yang cam kelat-kelat tu akan buat korang tak rasa nak makan lagi dan lagi. Tak caya, pegi minum. Ai da buat. Dan jawapannya ya! 

Kedua, boleh hilangkan stress. Sebab minum ni korang akan rasa lagi rilek je kepala. Banyak kerja pun rasa tak stress. Tak caya jugak? Percaya laa..sebab ai da berjaya buat gaji untuk staff ai yg 400+ tu berseorangan bulan ni. Tak stress sangat cam selalu tu. 😂😂

Ketiga, awet muda. Sebab apa? Sebab bila korang da kurang rasa stress, then sekaligus boleh mengendurkan segala urat saraf korang. Bile camtu, muka korang akan rasa lagi muda, berseri & sehat. Rambut gugur pun akan berkurangan.

Keempat, mencegah penyakit gigi. Sebab kandungan bahan dalam teh hijau ni ada anti bakteria yang di panggil polyphenol yang boleh membunuh bakteria jahat dalam mulut yang mana boleh merosakkan gigi uolls. Dan boleh jugak kurangkan masalah bau mulut. 

Kelima, untuk kecergasan dan pelindung memori. Di percayai kadar antioksidan dalam teh hijau adalah baik untuk melawan radikal bebas yang boleh rosakkan saraf otak. So, teh ni boleh tolong mencergaskan memori otak korang.

Kebaikan teh hijau yang lainnya

Haaa bagus kan? So, baiknya minum teh ni sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan. Caranya mudah je, rendam teh dalam air panas dan minum. Kalau tak lalu nak telan rasa payau tu, korang leh letak madu sikit. Jangan letak gula. Sebab gula boleh mengurangkan keberkesanan khasiat teh ni. Tapi...jangan bantai banyak sangat konon nak bagi cepat kurus, sebab teh pun kafien kan. Tak elok. Terutama untuk anak kecik. So, let's take challenge & selamat menguruskan diri! 


2 comments:

DRAMATIC UNIQ said...

saya minum green tea dengan lemon dan madu tu.. sedap la sikit.. hehehehehee... :)

Ziera Ieyah said...

Ye, mule2 memang perit rase nak telan. Lama2 cam da ok da. Hihi