Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Thursday, July 24, 2014

resepi kacang rugged - sesuci lebaran

 Salam.


Hai hai hai. Hari nie zira nak share satu resepi kuih raya paling simple senang dan mudah. 20 minit je kompem siap. Betol! Tak tipu ni. Tak caya meh tengok gambar ni.



Disebabkan takde oven kat rumah so kuih yang cmni jela yang mampu buat. Huhu. Sadis T_T. Padahal dari awal raya da plan nak wat kuih macam2,tapi disebabkan bonus raya baru dapat semalam so nie jela yang rajin buat. Yang lain men tunjuk2 jela hehehe.

Ok. Stop mengarut. Meh korang pun try skali okeyh. 

Bahan-bahan:
500gm kacang tanah
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu serbuk cili
1 cawan air
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1) basuh kacang bersih-bersih dan toskan sampai kering.
2) tumbuk atau kisar halia, bawang putih dan lada. Ketepikan.
3) masukkan semua bahan lain dalam mangkuk termasuklah yang dikisar.
4) tambah air sikit demi sikit dan gaul.
5) masukkan kacang dan gaul sebati.
6) gorengkan sehingga kekuningan.
7) angkat. Toskan dan makan!


Siap! Senang je kan. Kalau tak buat kuih raya..makan camtu je depan tv pun sedap. Hehe

Selamat mencuba.

Thursday, July 10, 2014

Tips mudah bangun sahur

.Salam.


Hai hai dan hai korang-korang. Korang pernah tak alami benda camni masa nak bangun sahur.





Sape penah sep sikit. Kita same lah..hehe. tak tau nape 2 3 ari nie asyik miss je bangun sahur. Last2 bangun jam da pukul 6 lebih. Huhu. Sedey kan.

So, arini zira nak share sikit tips-tips untuk korang -korang yang asyik ter'miss' bangun sahur cam zira.

1) bagi yang duduk dengan mak bapak memasing boleh la pesan kat mak suruh kejut sahur. Tapi suruh mak korang kejut cara yang extreme sikit. Contohnye jirus air segayung kat muke korang.




Bagi yang duduk sendiri cam zira ni (T_T) , korang leh proceed ke cara seterusnya...

2) set jam loceng sebanyak mungkin. Susun 3 4 jam keliling kepala korang. Kompem bangun! Tapi sekarang kan da canggih...da ade tepon smartfon kan..set je la alarm korang tu 5 minit sekali. 

takpun korang boleh ikut cara adik ni. terbaik!


3) letak jam loceng jauh sikit dari katil. So bile jam da memekak bunyik so dengan automatiknye nak tak nak korang akan bangun jugak untuk  matikan kan. Tapi jangan jauh sangat sampai kat dapur atau toile belakang uma. Memang tak dengo la nanti kan.



4) suruh boipren atau gelpren korang kejutkan. Tapi kalau boipren/gelpren korang pun spesies cam korang susah nak bangun. Lupakan..
yang ni selalu jadik kat zira sebab boipren pesen tido mati (T_T)


5) mintak tolong jiran tetangga korang kejutkan. Suruh dyorang ketuk pintu uma korang sekuat yang mungkin. Kompem bangun. Takpun pakat ramai-ramai dengan ajk blok atau taman wat macam dedulu ketuk periuk belanga keliling taman untuk kejutkan sahur. Tapi yang ni zaman dulu-dulu kat kampong je ade. Zaman sekarang rasanya da takde. Tak tau la kalau tempat korang ade lagi ke..


Tu je antara tips-tips yang zira boleh kongsi. Ade sesape ade tips lain? Meh kongsi sesame meh. Tapi kalau jenis yang memang tido mati tu kejut cemaner pun takka bangun...da tak boleh nak wat ape da. Redha jela pegi keje dengan perut kruk krak. Hehehe.


Akhir kata....



Sunday, July 6, 2014

alahai, kazen rupanya.

.salam.

Tak sangka. Tak sangka sangat rupanya2 salah satu blogger yang zira dok follow..dok bace hari-hari post dy..dok stalker-stalker tu upenye kazen zira. Eh bukan kazen. Tapi kazen nye wife.. Cis! Camne boleh tak perasan ni.

Sampai dari di single..bertunang..kawen and da ade anak sorang pun. Acaner la boleh tak perasan kan. Haaisshh... padahal masa dyorang kawen (entri sini) zira pegi,siap amek gambo peposing ngan pengantin ag. Haisssh! 

Hahaha tapi kelakar plak bile dapat tau benda gini. Kadang benda yang depan mata pun kita boleh tak nampak kan.. hehe

Nak tau blogger yang mane satu? Nah zira bagi printscreen sket. 


Hahaha tak sangka kan
^___^

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini Meninggal Dunia (Al-Fatihah)

..salam..

Biduanita negara, Sharifah Aini telah pun meninggal dunia pada awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allayarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.




Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk beliau. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah~


**sesungguhnya dari DIA kita datang, dari DIA juga kita kembali...