Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Saturday, April 12, 2014

Resepi Apam Dot Dot Dot


Heee...aritu sebok eksaited kemain haplod entri pasal apam dot dot dot tu sampai lupe nak selit resepi dia sekali. hehe. Al maklum la. Pes time buat terus jadik naik cantik gebu-gebas tu sebok nak bagi tau satu dunia tu. hehe. Takpe-takpe entri kali ni zira share resepi nya sekali k.





Bahan-bahannya:
3 biji telur ayam (baru keluar dari peti ais)
3/4 cawan gula
1 sudu teh ovalette 
2 cawan tepung naik sendiri (tepung gandum + 2 sudu teh baking powder)
1 cawan susu cair/susu segar
Esen vanila sikit
Filling yang disukaiPewarna makanan 


Langkah-langkahnya:

1. telur + gula + ovalette. pukul 3 bahan ni sekali dengan kelajuan medium
2. pukul sampai kembang...kembang bermaksud bertukar putih (Adunan yg cukup kembang - bila angkat mixer tu, adunan meleleh & tinggalkn jejak, adunan yg berlingkar kt bawah tu la dinamakn jejak...)
3. bila dah kembang tu, masukkan susu cair sikit2 dan esen vanilla. pukul kejap.
4. masukkan tepung sikit-sikit..kacau kejap bagi sebati.
5. Lepas tu bahagikan adunan ikut warna yang korang nak...masukkan dalam plastik dan ikat dengan getah. Paipkan adunan terus dalam cup yang dah ready tadi.. paip sikit, pastu letak inti, pastu paip balik adunan sampai penuh cup..pastu paipkan dot dot tu..
6. Kukus antara 15-20minit. 
7. Siap!


Resepi ni copy paste je dari tenet. Laman web mane tah. Lupe. Maap ye tuan empunya resepi. hehe. Resepi ni boleh dapat dalam 30 ketul apam polkadot tu. Kalau rase nak wat banyak double kan adunan k. 


Selamat mencuba ! Da cuba nanti meh la share-share  ye.. ^__^


Thursday, April 10, 2014

Rezeki tu ada di mana-mana


Ya ! Rezeki tu memang ada di mana-mana. Nak tak nak je kite ni mencarik. Rezeki tu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Segala nikmat yang kita dapat kat bumi Allah ni di kira sebagai rezeki. Di berikan kesihatan yang baik tu juga rezeki, di panjangkan umur pun rezeki, senang kata 'everything is rizqi' semuanya terpulang pada kita untuk mencarik. Takde kejayaan yang kite boleh capai kalau kite tak usaha. Even kita nak makan pun, kite akan usaha kan jugak nak pegi kedai carik makanan kan.

Tapi kadang Allah uji kita, DIA tak bagi kita dalam bentuk wang, tapi DIA beri kita kesihatan yang baik, DIA beri kita ramai orang yang sayangkan kita, DIA berikan kita umur yang panjang. Di sebabkan zira yakin la rezeki tu ada di mana-mana la zira decide nak bukak online shop sekarang ni. Tapi ade jugak mulut-mulut longkang cakap zira macam-macam. "ade ke orang nak beli barang ngan kau?" "bagus ke kualiti barang kau jual?" "boleh laku ke?" "Boleh caya ke online shop cam kau ni?"  Sabo jela kan. 

Rase annoying tak bile orang cakap camtu? Memang annoying gile. Rase nak tumbuk lelaju je. **dush dush. Huhu. Guys ! kemon la... Takkan la setat bisnes ari ni terus berduyun-duyun income masuk. Even Bill Gates tu pun makan taun kot nak jadik millionaire camtuh. At least ada usaha, insyaAllah ade la rezeki tu nanti. 


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu. 



Amin~

Tuesday, April 8, 2014

Apam Dot Dot Dot


Hari sabtu lepas saja lepak rumah kakak zira, pastu tetibe je datang mood nak membaking. Rase nak makan apam dot dot dot. Hahaha. Pikir lain ye? Apam polkadot laa.. so, terus je pegi kedai beli barang ape yang patut. Da sampai rumah kakak dia ajak gie tesco plak. Nak carik vacuum katanya. So, ikut jela. Nanti leh gak cuci-cuci mata kan. Hehe.

Balek je dari tesco da dekat pukul 7, so dalam pukul 7 lebih camtu terus je prepare bebahan nak buat apam dot dot dot tu. Da tak sabar da. Eksaited sangat! Hahaha selama ni asyik dok tengok orang upload je gambo apam dot dot yang cecomel tu. Geram je. So, bile da mood rajin nie datang tu yang eksaited bukan kemain tu.

So, gedebak gedebuk kat dapur siap jugak la akhirnya apam kiut miut idaman zira ni. Hehehe.


apam dot dot dot versi zira

Yeaaahhh!! Akhirnya dapat jugak buat apam dot dot dot yang kiut miut camni. Rase dy not bad laa. Sedap. Cukup rasa. Tak manis sangat. Hehe. Even abang ipar zira pun puji taw. Katanya da boleh meniaga da pasni. Hehe. Kembang lobang idung ni jap. Hihihi. 

Tapi cume tekstur pas da siap kukus tu cam berlubang-lubang lak. Nampak kan kat gambo atas tu. Da macam kawah kat bulan la pulok. Apesal tah. Spoil betol. Puas dah dok belek resepi tu kot-kot ade salah masuk bahan ke ape ke. Puas jugak le godek henpon carik nape hasilnya tak secantik yang di impikan. Puas da edit gambo tu gune segala macam apps yang ade kat henpon ni, kengkonon nak bagi la apam tu nampak cantik, licin kulitnya.. Tak boleh jugak. Cis!

Nasib baik la encik boyfie si Mr. E tu puji kite. Katanya cam sedap. Cantik dot dot dia. Untung dia dapat zira. Ceh! Ayat nak sedapkan ati zira lettew. (-_-") 

Tapi tak kesahla..nama pun first experience kan. Mestilah ada yang tak kena. Haha. Takpe-takpe. Leh belajo lagi ni. Nanti da biasa buat ok la tu kan. (ayat sedapkan hati)

Sekian.