Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Tuesday, November 18, 2014

me..turns 25.

Hai uolls.

Sabtu lepas zira memang bizi sikit. Kena datang jugak opis walaupun ngah turn xkeje ari tu. Sebab ade orientation untuk pekerja baru. Since my colleague, staff hr yang sorang ni masih baru. So, zira turun jugak pegi opis tolong dia. Takpela, sekurang-kurangnye zira pun boleh belajar tingkatkan keyakinan diri kan bile berdepan dengan orang ramai.

So, stat orientation pukul 9 sampai la pukul 12 lebih. Siap je orientation terus gerak balek uma. Sebab petang da de appointment dengan kelas memandu. I da setat amek lesen uolls. Heee eksaited la, sebab selalu mampu jeles je tengok pompuan lain pandai bawak kete. Hehe. Lagipun aritu first experience belajar kete. Eh,yang part tu nanti zira cite hari lain okeyh.  Ni nak cite pasal lain dulu. 😁

So, gedebak gedebuk petang lepas abes sumer tu, tetibe dapat mesej dari si dia. Dia kata da ondeway datang jb. Eh. Ade pe pulak nak datang jb ni. Pelik. Sebab esoknye dia keje. Puas tanya dia kenapa, ade ape. Dia buat dek je. Bengkek je rase taw mase tu. Since da penat satu harini, kata okeyh jela.

So, lepas dy sampai dia baru bagitau reason dy datang. Dia kata nak celebrate besday ai. Homaigod! That day 16/11/2014 besday ai rupenye. Siyess lupe. Huhu suuuwwiit sangat dia ni taw. Terharu. T_T Rase nak nanges, tapi since nak cover ayu terpaksa tahan air mata. 😊

Tu maksudnye zira da umo 25 tahun ni. Da suku abad da hidup. Alhamdulillah. Syukur, tuhan masih beri peluang untuk bernafas dan perbaiki diri. Dan syukur jugak, tuhan beri kan dia untuk bersama-sama ceriakan hari-hari yang mendatang. Alhamdulillah. Walaupun masih belum dapat capai target sebenar, takpelah. Syukur. Mungkin tuhan nak zira bermula dari bawah kan. Be strong zira. Chaiyookk! 

Ok. Back to main topic. Since dia da datang. Dia tanya nak makan ape, dia belanja. Makan memang aktiviti utama kalau kiteorang jumpe. Tu yang badan ni naek macam di pam pam. Hehe so, decide punya decide, zira pilih nak makan western. Alasan konon tak nak makan nasik. Nasik tu menggemukkan. Lol! 

Zira order grilled ciken cop

Cik abang ni pulak order lamb chop. 

Dia kalau da dapat paberet dy tu, memang tak toleh kiri kanan da. Dia nampak lamb tu depan mata je, besday girl kat sebelah pun dia tak ingat. 😭 

Belom lagi ciken cop tadi turun ke perut dia da ajak makan kek pulak. Adoi. Nak tolak tak boleh. Tak tolak pun tak boleh. 😁😁 So, kiteorang decide nak tapau je. 
Blueberry ciskek. Paberet zira
Yummy! 😋

Ni pun beli satu slice je, sebab tau memang takkan boleh habiskan punye. Yang satu slice ni pun makan masa 2hari nak abeskan. Hehe.

Makan sudah. Kek pun sudah. Ape lagi yek? Ermmm hadiah? Bagi zira ni je pun da cukup. Da la datang buat suprise, belanja makan, kek pulak tu. Cukup la kan. Syukur alhamdulillah. Tenkiu ye cik abang wat2 suprise lak camnih. Nanti taun depan buat lagi ye. 😉😉