Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Thursday, November 6, 2014

Exam Pegawai PTD M41 (part 1)

hai hai hai

Haritu saje cube naseb apply untuk jawatan pegawai PTD M41. Tup tup dapat pulak sms & email suruh amek exam online masa 1haribulan ritu. Bukan kemain eksaited giler. habes sumer buku sejarah semua ai godek, nak baca la kononnyaa.. abes google semua dasar-dasar kerajaan, buat nota bagai. hahaha rase macam nak amek spm la pulak. Sape ade jawab exam aritu jugak, kite geng! 

Tibe hari sabtu ni, penuh la dengan konpiden nye tunggu masa pukul 8 malam nak amek exam tu. konon ilmu penuh di dada la lepas study bagai tu.. tapi nebes jugak, sebab first experience amek exam utk calon PTD ni kan. Tapi dalam pada nebes tu sambil tu terkejar-kejar la nak masak. hehe masak spageti je since senang nak campak-campak. hehehe

Boleh tahan jugak soalan-soalan dy. Ade 3 part sesi exam yang ni:

Part A - pengetahuan am: soalan pasal dasar-dasar, pertubuhan NATO, ILO IFTA semua pun keluar. Huru hara masa jawab soalan ni. Kena jawab 50 soalan dlm masa 40 minit. Mane yang tak tau tu, ai main tibai je jawab. hehehe.

Part B - menyelesaikan masalah : Ni soalan matematik. semua soalan mase spm rase macam keluar time ni. Soalan pecahan, peratus, nisbah dan paling banyak soalan bab kebarangakalian. Adoi paling fail soalan yang kebarangkalian tu.. (--")  Ade 40 soalan dan tak sempat jawab 3 soalan terakhir. Sedeh (T_T)

Part C - psikometrik : soalan psiko orang kata. kata lainnya soalan untuk mengenal dan menguji personaliti calon. yang part ni takde skema jawapan, semua bergantung pada diri masing-masing. 

Pada ai la kan, soalan-soalan dy memang tough. Especially yg part A tu. Mungkin tough untuk orang-orang yang malas amek tau pasal dunia cam ai. hehehe tapi siyes memang sadis nak perah kepala hotak nak menjawabnyaa.. so pesan ai untuk adik-adik yang rase nak amek exam ni taun depan, boleh la setat study dari sekarang. Amek tau pasal segala dasar-dasar negara, segala pertubuhan yang ada kat dunia ni. Yela, name pun pegawai PTD kan. Sebab tu exam dy tough. 


Sekian.



No comments: