Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Thursday, July 24, 2014

resepi kacang rugged - sesuci lebaran

 Salam.


Hai hai hai. Hari nie zira nak share satu resepi kuih raya paling simple senang dan mudah. 20 minit je kompem siap. Betol! Tak tipu ni. Tak caya meh tengok gambar ni.



Disebabkan takde oven kat rumah so kuih yang cmni jela yang mampu buat. Huhu. Sadis T_T. Padahal dari awal raya da plan nak wat kuih macam2,tapi disebabkan bonus raya baru dapat semalam so nie jela yang rajin buat. Yang lain men tunjuk2 jela hehehe.

Ok. Stop mengarut. Meh korang pun try skali okeyh. 

Bahan-bahan:
500gm kacang tanah
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu serbuk cili
1 cawan air
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1) basuh kacang bersih-bersih dan toskan sampai kering.
2) tumbuk atau kisar halia, bawang putih dan lada. Ketepikan.
3) masukkan semua bahan lain dalam mangkuk termasuklah yang dikisar.
4) tambah air sikit demi sikit dan gaul.
5) masukkan kacang dan gaul sebati.
6) gorengkan sehingga kekuningan.
7) angkat. Toskan dan makan!


Siap! Senang je kan. Kalau tak buat kuih raya..makan camtu je depan tv pun sedap. Hehe

Selamat mencuba.

No comments: