Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Thursday, April 10, 2014

Rezeki tu ada di mana-mana


Ya ! Rezeki tu memang ada di mana-mana. Nak tak nak je kite ni mencarik. Rezeki tu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Segala nikmat yang kita dapat kat bumi Allah ni di kira sebagai rezeki. Di berikan kesihatan yang baik tu juga rezeki, di panjangkan umur pun rezeki, senang kata 'everything is rizqi' semuanya terpulang pada kita untuk mencarik. Takde kejayaan yang kite boleh capai kalau kite tak usaha. Even kita nak makan pun, kite akan usaha kan jugak nak pegi kedai carik makanan kan.

Tapi kadang Allah uji kita, DIA tak bagi kita dalam bentuk wang, tapi DIA beri kita kesihatan yang baik, DIA beri kita ramai orang yang sayangkan kita, DIA berikan kita umur yang panjang. Di sebabkan zira yakin la rezeki tu ada di mana-mana la zira decide nak bukak online shop sekarang ni. Tapi ade jugak mulut-mulut longkang cakap zira macam-macam. "ade ke orang nak beli barang ngan kau?" "bagus ke kualiti barang kau jual?" "boleh laku ke?" "Boleh caya ke online shop cam kau ni?"  Sabo jela kan. 

Rase annoying tak bile orang cakap camtu? Memang annoying gile. Rase nak tumbuk lelaju je. **dush dush. Huhu. Guys ! kemon la... Takkan la setat bisnes ari ni terus berduyun-duyun income masuk. Even Bill Gates tu pun makan taun kot nak jadik millionaire camtuh. At least ada usaha, insyaAllah ade la rezeki tu nanti. 


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu. 



Amin~

4 comments:

eyqa yushaiza said...

yes, rezeki tu Allah yang bagi bukan manusia.
Kalau Dia nak bagi, dapat. Kalau Dia nak tarik, sekelip mata Dia boleh tarik.
Kunfayakun.

Ziera Ieyah said...

tau takpe. kalau Dia nak tarik bila-bila masa je kan.

Izzati Amira said...

betul tu. yg penting kena usaha. usaha itulah tangga kejayaan.

btw, sye klik tabung inti sis (:

Ziera Ieyah said...

izzati: duduk tanpa usaha tu sia-sia. btw, thanks klik tabung sis. :) Salam ukhwah.