Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Tuesday, April 8, 2014

Apam Dot Dot Dot


Hari sabtu lepas saja lepak rumah kakak zira, pastu tetibe je datang mood nak membaking. Rase nak makan apam dot dot dot. Hahaha. Pikir lain ye? Apam polkadot laa.. so, terus je pegi kedai beli barang ape yang patut. Da sampai rumah kakak dia ajak gie tesco plak. Nak carik vacuum katanya. So, ikut jela. Nanti leh gak cuci-cuci mata kan. Hehe.

Balek je dari tesco da dekat pukul 7, so dalam pukul 7 lebih camtu terus je prepare bebahan nak buat apam dot dot dot tu. Da tak sabar da. Eksaited sangat! Hahaha selama ni asyik dok tengok orang upload je gambo apam dot dot yang cecomel tu. Geram je. So, bile da mood rajin nie datang tu yang eksaited bukan kemain tu.

So, gedebak gedebuk kat dapur siap jugak la akhirnya apam kiut miut idaman zira ni. Hehehe.


apam dot dot dot versi zira

Yeaaahhh!! Akhirnya dapat jugak buat apam dot dot dot yang kiut miut camni. Rase dy not bad laa. Sedap. Cukup rasa. Tak manis sangat. Hehe. Even abang ipar zira pun puji taw. Katanya da boleh meniaga da pasni. Hehe. Kembang lobang idung ni jap. Hihihi. 

Tapi cume tekstur pas da siap kukus tu cam berlubang-lubang lak. Nampak kan kat gambo atas tu. Da macam kawah kat bulan la pulok. Apesal tah. Spoil betol. Puas dah dok belek resepi tu kot-kot ade salah masuk bahan ke ape ke. Puas jugak le godek henpon carik nape hasilnya tak secantik yang di impikan. Puas da edit gambo tu gune segala macam apps yang ade kat henpon ni, kengkonon nak bagi la apam tu nampak cantik, licin kulitnya.. Tak boleh jugak. Cis!

Nasib baik la encik boyfie si Mr. E tu puji kite. Katanya cam sedap. Cantik dot dot dia. Untung dia dapat zira. Ceh! Ayat nak sedapkan ati zira lettew. (-_-") 

Tapi tak kesahla..nama pun first experience kan. Mestilah ada yang tak kena. Haha. Takpe-takpe. Leh belajo lagi ni. Nanti da biasa buat ok la tu kan. (ayat sedapkan hati)

Sekian.


No comments: