Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Tuesday, November 18, 2014

me..turns 25.

Hai uolls.

Sabtu lepas zira memang bizi sikit. Kena datang jugak opis walaupun ngah turn xkeje ari tu. Sebab ade orientation untuk pekerja baru. Since my colleague, staff hr yang sorang ni masih baru. So, zira turun jugak pegi opis tolong dia. Takpela, sekurang-kurangnye zira pun boleh belajar tingkatkan keyakinan diri kan bile berdepan dengan orang ramai.

So, stat orientation pukul 9 sampai la pukul 12 lebih. Siap je orientation terus gerak balek uma. Sebab petang da de appointment dengan kelas memandu. I da setat amek lesen uolls. Heee eksaited la, sebab selalu mampu jeles je tengok pompuan lain pandai bawak kete. Hehe. Lagipun aritu first experience belajar kete. Eh,yang part tu nanti zira cite hari lain okeyh.  Ni nak cite pasal lain dulu. 😁

So, gedebak gedebuk petang lepas abes sumer tu, tetibe dapat mesej dari si dia. Dia kata da ondeway datang jb. Eh. Ade pe pulak nak datang jb ni. Pelik. Sebab esoknye dia keje. Puas tanya dia kenapa, ade ape. Dia buat dek je. Bengkek je rase taw mase tu. Since da penat satu harini, kata okeyh jela.

So, lepas dy sampai dia baru bagitau reason dy datang. Dia kata nak celebrate besday ai. Homaigod! That day 16/11/2014 besday ai rupenye. Siyess lupe. Huhu suuuwwiit sangat dia ni taw. Terharu. T_T Rase nak nanges, tapi since nak cover ayu terpaksa tahan air mata. 😊

Tu maksudnye zira da umo 25 tahun ni. Da suku abad da hidup. Alhamdulillah. Syukur, tuhan masih beri peluang untuk bernafas dan perbaiki diri. Dan syukur jugak, tuhan beri kan dia untuk bersama-sama ceriakan hari-hari yang mendatang. Alhamdulillah. Walaupun masih belum dapat capai target sebenar, takpelah. Syukur. Mungkin tuhan nak zira bermula dari bawah kan. Be strong zira. Chaiyookk! 

Ok. Back to main topic. Since dia da datang. Dia tanya nak makan ape, dia belanja. Makan memang aktiviti utama kalau kiteorang jumpe. Tu yang badan ni naek macam di pam pam. Hehe so, decide punya decide, zira pilih nak makan western. Alasan konon tak nak makan nasik. Nasik tu menggemukkan. Lol! 

Zira order grilled ciken cop

Cik abang ni pulak order lamb chop. 

Dia kalau da dapat paberet dy tu, memang tak toleh kiri kanan da. Dia nampak lamb tu depan mata je, besday girl kat sebelah pun dia tak ingat. 😭 

Belom lagi ciken cop tadi turun ke perut dia da ajak makan kek pulak. Adoi. Nak tolak tak boleh. Tak tolak pun tak boleh. 😁😁 So, kiteorang decide nak tapau je. 
Blueberry ciskek. Paberet zira
Yummy! 😋

Ni pun beli satu slice je, sebab tau memang takkan boleh habiskan punye. Yang satu slice ni pun makan masa 2hari nak abeskan. Hehe.

Makan sudah. Kek pun sudah. Ape lagi yek? Ermmm hadiah? Bagi zira ni je pun da cukup. Da la datang buat suprise, belanja makan, kek pulak tu. Cukup la kan. Syukur alhamdulillah. Tenkiu ye cik abang wat2 suprise lak camnih. Nanti taun depan buat lagi ye. 😉😉

Monday, November 10, 2014

al-fatihah untuk si dia

Salam.

Harini di kejutkan dengan berita yg sangat buat zira terkejut. One of my classmate masa zaman belajar kt melaka dulu meninggal dunia pagi tadi. Ye. Memang dia ada sakit sebelum ni. Tapi tak pasti pulak kematian dy sebab ape. 

Yang buat terkilan sangat, dia selalu datang berubat dekat batu pahat, kampung zira tu. Selalu whatsapp kata nak jumpe. Tapi asek tak senpat je. Last-last tau dy da pergi. Terkilan sangat. 😔😔


Moge roh dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan moge keluarga dia tabah hadapi kehilangan dy. 

Zira tau memang perit nak hadapi kehilangan sebab zira sendiri pernah rasa kehilangan abang sulung zira dulu. Ayah zira la paling sebak, sampai da tak mampu duduk kt jb ni sebab abang meninggal kat sini. Tu yang dy ajak pindah batu pahat. 

''Dari Allah kita datang & kepadaNya jua lah kita kembali"
Al-fatihah~

Sunday, November 9, 2014

Exam online pegawai PTD M41(part 2)

Salam.


Hai semua. Ingat lagi tak entry lepas yang cite pasal experience jawab soklan exam aritu? Alaa tak ingat? Takpe takpe. Korang scroll entry bawah ye kalau nak tau. 

Ektuali, reult exam ni keluar 2 hari lepas exam tu je. Exam 1hb tup tup result keluar 3hb. Tau result keluar 3hb tu pun sebab kengkawan semua pos status kat pesbuk hehehe. 

So, zira terus la p cek kat laman web spa...tapi sampai ke petang server busy je. Mungkin semua pun dok sebok nk cek result memasing tu yang bizi kot. So, tunggu pagi esoknye baru boleh cek.... And the result is:



TIDAK BERJAYA! erk..takde rezki nampaknye. Hihi takpela...taun depan boleh cube lagi kan. Korang-korang ade yang lulus tak? Tahniah la ye... Errr korang yang lulus tu boleh laa share tips-tips untuk lulus ujian exam ni kan. 😊😊 Buat yang tak berjaya tu takpe, taun depan kite cube sesama lagi k. 

Sekian. 

Thursday, November 6, 2014

Exam Pegawai PTD M41 (part 1)

hai hai hai

Haritu saje cube naseb apply untuk jawatan pegawai PTD M41. Tup tup dapat pulak sms & email suruh amek exam online masa 1haribulan ritu. Bukan kemain eksaited giler. habes sumer buku sejarah semua ai godek, nak baca la kononnyaa.. abes google semua dasar-dasar kerajaan, buat nota bagai. hahaha rase macam nak amek spm la pulak. Sape ade jawab exam aritu jugak, kite geng! 

Tibe hari sabtu ni, penuh la dengan konpiden nye tunggu masa pukul 8 malam nak amek exam tu. konon ilmu penuh di dada la lepas study bagai tu.. tapi nebes jugak, sebab first experience amek exam utk calon PTD ni kan. Tapi dalam pada nebes tu sambil tu terkejar-kejar la nak masak. hehe masak spageti je since senang nak campak-campak. hehehe

Boleh tahan jugak soalan-soalan dy. Ade 3 part sesi exam yang ni:

Part A - pengetahuan am: soalan pasal dasar-dasar, pertubuhan NATO, ILO IFTA semua pun keluar. Huru hara masa jawab soalan ni. Kena jawab 50 soalan dlm masa 40 minit. Mane yang tak tau tu, ai main tibai je jawab. hehehe.

Part B - menyelesaikan masalah : Ni soalan matematik. semua soalan mase spm rase macam keluar time ni. Soalan pecahan, peratus, nisbah dan paling banyak soalan bab kebarangakalian. Adoi paling fail soalan yang kebarangkalian tu.. (--")  Ade 40 soalan dan tak sempat jawab 3 soalan terakhir. Sedeh (T_T)

Part C - psikometrik : soalan psiko orang kata. kata lainnya soalan untuk mengenal dan menguji personaliti calon. yang part ni takde skema jawapan, semua bergantung pada diri masing-masing. 

Pada ai la kan, soalan-soalan dy memang tough. Especially yg part A tu. Mungkin tough untuk orang-orang yang malas amek tau pasal dunia cam ai. hehehe tapi siyes memang sadis nak perah kepala hotak nak menjawabnyaa.. so pesan ai untuk adik-adik yang rase nak amek exam ni taun depan, boleh la setat study dari sekarang. Amek tau pasal segala dasar-dasar negara, segala pertubuhan yang ada kat dunia ni. Yela, name pun pegawai PTD kan. Sebab tu exam dy tough. 


Sekian.



Thursday, July 24, 2014

resepi kacang rugged - sesuci lebaran

 Salam.


Hai hai hai. Hari nie zira nak share satu resepi kuih raya paling simple senang dan mudah. 20 minit je kompem siap. Betol! Tak tipu ni. Tak caya meh tengok gambar ni.



Disebabkan takde oven kat rumah so kuih yang cmni jela yang mampu buat. Huhu. Sadis T_T. Padahal dari awal raya da plan nak wat kuih macam2,tapi disebabkan bonus raya baru dapat semalam so nie jela yang rajin buat. Yang lain men tunjuk2 jela hehehe.

Ok. Stop mengarut. Meh korang pun try skali okeyh. 

Bahan-bahan:
500gm kacang tanah
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu serbuk cili
1 cawan air
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1) basuh kacang bersih-bersih dan toskan sampai kering.
2) tumbuk atau kisar halia, bawang putih dan lada. Ketepikan.
3) masukkan semua bahan lain dalam mangkuk termasuklah yang dikisar.
4) tambah air sikit demi sikit dan gaul.
5) masukkan kacang dan gaul sebati.
6) gorengkan sehingga kekuningan.
7) angkat. Toskan dan makan!


Siap! Senang je kan. Kalau tak buat kuih raya..makan camtu je depan tv pun sedap. Hehe

Selamat mencuba.

Thursday, July 10, 2014

Tips mudah bangun sahur

.Salam.


Hai hai dan hai korang-korang. Korang pernah tak alami benda camni masa nak bangun sahur.





Sape penah sep sikit. Kita same lah..hehe. tak tau nape 2 3 ari nie asyik miss je bangun sahur. Last2 bangun jam da pukul 6 lebih. Huhu. Sedey kan.

So, arini zira nak share sikit tips-tips untuk korang -korang yang asyik ter'miss' bangun sahur cam zira.

1) bagi yang duduk dengan mak bapak memasing boleh la pesan kat mak suruh kejut sahur. Tapi suruh mak korang kejut cara yang extreme sikit. Contohnye jirus air segayung kat muke korang.




Bagi yang duduk sendiri cam zira ni (T_T) , korang leh proceed ke cara seterusnya...

2) set jam loceng sebanyak mungkin. Susun 3 4 jam keliling kepala korang. Kompem bangun! Tapi sekarang kan da canggih...da ade tepon smartfon kan..set je la alarm korang tu 5 minit sekali. 

takpun korang boleh ikut cara adik ni. terbaik!


3) letak jam loceng jauh sikit dari katil. So bile jam da memekak bunyik so dengan automatiknye nak tak nak korang akan bangun jugak untuk  matikan kan. Tapi jangan jauh sangat sampai kat dapur atau toile belakang uma. Memang tak dengo la nanti kan.



4) suruh boipren atau gelpren korang kejutkan. Tapi kalau boipren/gelpren korang pun spesies cam korang susah nak bangun. Lupakan..
yang ni selalu jadik kat zira sebab boipren pesen tido mati (T_T)


5) mintak tolong jiran tetangga korang kejutkan. Suruh dyorang ketuk pintu uma korang sekuat yang mungkin. Kompem bangun. Takpun pakat ramai-ramai dengan ajk blok atau taman wat macam dedulu ketuk periuk belanga keliling taman untuk kejutkan sahur. Tapi yang ni zaman dulu-dulu kat kampong je ade. Zaman sekarang rasanya da takde. Tak tau la kalau tempat korang ade lagi ke..


Tu je antara tips-tips yang zira boleh kongsi. Ade sesape ade tips lain? Meh kongsi sesame meh. Tapi kalau jenis yang memang tido mati tu kejut cemaner pun takka bangun...da tak boleh nak wat ape da. Redha jela pegi keje dengan perut kruk krak. Hehehe.


Akhir kata....



Sunday, July 6, 2014

alahai, kazen rupanya.

.salam.

Tak sangka. Tak sangka sangat rupanya2 salah satu blogger yang zira dok follow..dok bace hari-hari post dy..dok stalker-stalker tu upenye kazen zira. Eh bukan kazen. Tapi kazen nye wife.. Cis! Camne boleh tak perasan ni.

Sampai dari di single..bertunang..kawen and da ade anak sorang pun. Acaner la boleh tak perasan kan. Haaisshh... padahal masa dyorang kawen (entri sini) zira pegi,siap amek gambo peposing ngan pengantin ag. Haisssh! 

Hahaha tapi kelakar plak bile dapat tau benda gini. Kadang benda yang depan mata pun kita boleh tak nampak kan.. hehe

Nak tau blogger yang mane satu? Nah zira bagi printscreen sket. 


Hahaha tak sangka kan
^___^

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini Meninggal Dunia (Al-Fatihah)

..salam..

Biduanita negara, Sharifah Aini telah pun meninggal dunia pada awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allayarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.




Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk beliau. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah~


**sesungguhnya dari DIA kita datang, dari DIA juga kita kembali...

Thursday, June 5, 2014

kaweng kaweng

Salam.

pengantin yang tengah-tengah, yang kiri kanan tu bakal pengantin. ^___^
Insyaallah~

Diorang kawan zira since dari zaman diploma lagi. Zaman masa belajar kat segamat dulu. Sama-sama satu kelas. Sama-sama dok semeja. Sorang jadik YDP kelab, sorang lagi jadik setiausaha. Nama pun lebih kurang je. Shahir dan Sahira. Masing-masing bercinta dengan orang lain-lain. Tup tup sekarang dua-dua bercinta. And last, kawin. Kawen masa 24 May 2014 aritu. Arini baru sempat nak hapdet. hehe.


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai


Ye, memang jodoh tu kita tak tau kan. Mungkin kita bercinta beria dengan si A sekarang, tapi tak mustahil kita akan kawin ngan si B pulak satu hari nanti. Betol tak? Tapi arap-arapnya jodoh saya dengan yang baju merah kat atas tu la ye. Hehehe. Mudah-mudahan. Korang pun doa kan taw.

Last but not least, untuk sera & shahir... Selamat pengantin baru. Moga berkekalan rumahtangga korang, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin~

Tuesday, May 13, 2014

May Allah ease everything. Amin~

Salam.

Maaf. 
Kebizian sikit bulan ni.
Harap maklum.




stay tuned....

p/s: moge semuanya berjalan lancar. Amin~

Saturday, April 12, 2014

Resepi Apam Dot Dot Dot


Heee...aritu sebok eksaited kemain haplod entri pasal apam dot dot dot tu sampai lupe nak selit resepi dia sekali. hehe. Al maklum la. Pes time buat terus jadik naik cantik gebu-gebas tu sebok nak bagi tau satu dunia tu. hehe. Takpe-takpe entri kali ni zira share resepi nya sekali k.





Bahan-bahannya:
3 biji telur ayam (baru keluar dari peti ais)
3/4 cawan gula
1 sudu teh ovalette 
2 cawan tepung naik sendiri (tepung gandum + 2 sudu teh baking powder)
1 cawan susu cair/susu segar
Esen vanila sikit
Filling yang disukaiPewarna makanan 


Langkah-langkahnya:

1. telur + gula + ovalette. pukul 3 bahan ni sekali dengan kelajuan medium
2. pukul sampai kembang...kembang bermaksud bertukar putih (Adunan yg cukup kembang - bila angkat mixer tu, adunan meleleh & tinggalkn jejak, adunan yg berlingkar kt bawah tu la dinamakn jejak...)
3. bila dah kembang tu, masukkan susu cair sikit2 dan esen vanilla. pukul kejap.
4. masukkan tepung sikit-sikit..kacau kejap bagi sebati.
5. Lepas tu bahagikan adunan ikut warna yang korang nak...masukkan dalam plastik dan ikat dengan getah. Paipkan adunan terus dalam cup yang dah ready tadi.. paip sikit, pastu letak inti, pastu paip balik adunan sampai penuh cup..pastu paipkan dot dot tu..
6. Kukus antara 15-20minit. 
7. Siap!


Resepi ni copy paste je dari tenet. Laman web mane tah. Lupe. Maap ye tuan empunya resepi. hehe. Resepi ni boleh dapat dalam 30 ketul apam polkadot tu. Kalau rase nak wat banyak double kan adunan k. 


Selamat mencuba ! Da cuba nanti meh la share-share  ye.. ^__^


Thursday, April 10, 2014

Rezeki tu ada di mana-mana


Ya ! Rezeki tu memang ada di mana-mana. Nak tak nak je kite ni mencarik. Rezeki tu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Segala nikmat yang kita dapat kat bumi Allah ni di kira sebagai rezeki. Di berikan kesihatan yang baik tu juga rezeki, di panjangkan umur pun rezeki, senang kata 'everything is rizqi' semuanya terpulang pada kita untuk mencarik. Takde kejayaan yang kite boleh capai kalau kite tak usaha. Even kita nak makan pun, kite akan usaha kan jugak nak pegi kedai carik makanan kan.

Tapi kadang Allah uji kita, DIA tak bagi kita dalam bentuk wang, tapi DIA beri kita kesihatan yang baik, DIA beri kita ramai orang yang sayangkan kita, DIA berikan kita umur yang panjang. Di sebabkan zira yakin la rezeki tu ada di mana-mana la zira decide nak bukak online shop sekarang ni. Tapi ade jugak mulut-mulut longkang cakap zira macam-macam. "ade ke orang nak beli barang ngan kau?" "bagus ke kualiti barang kau jual?" "boleh laku ke?" "Boleh caya ke online shop cam kau ni?"  Sabo jela kan. 

Rase annoying tak bile orang cakap camtu? Memang annoying gile. Rase nak tumbuk lelaju je. **dush dush. Huhu. Guys ! kemon la... Takkan la setat bisnes ari ni terus berduyun-duyun income masuk. Even Bill Gates tu pun makan taun kot nak jadik millionaire camtuh. At least ada usaha, insyaAllah ade la rezeki tu nanti. 


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu. 



Amin~

Tuesday, April 8, 2014

Apam Dot Dot Dot


Hari sabtu lepas saja lepak rumah kakak zira, pastu tetibe je datang mood nak membaking. Rase nak makan apam dot dot dot. Hahaha. Pikir lain ye? Apam polkadot laa.. so, terus je pegi kedai beli barang ape yang patut. Da sampai rumah kakak dia ajak gie tesco plak. Nak carik vacuum katanya. So, ikut jela. Nanti leh gak cuci-cuci mata kan. Hehe.

Balek je dari tesco da dekat pukul 7, so dalam pukul 7 lebih camtu terus je prepare bebahan nak buat apam dot dot dot tu. Da tak sabar da. Eksaited sangat! Hahaha selama ni asyik dok tengok orang upload je gambo apam dot dot yang cecomel tu. Geram je. So, bile da mood rajin nie datang tu yang eksaited bukan kemain tu.

So, gedebak gedebuk kat dapur siap jugak la akhirnya apam kiut miut idaman zira ni. Hehehe.


apam dot dot dot versi zira

Yeaaahhh!! Akhirnya dapat jugak buat apam dot dot dot yang kiut miut camni. Rase dy not bad laa. Sedap. Cukup rasa. Tak manis sangat. Hehe. Even abang ipar zira pun puji taw. Katanya da boleh meniaga da pasni. Hehe. Kembang lobang idung ni jap. Hihihi. 

Tapi cume tekstur pas da siap kukus tu cam berlubang-lubang lak. Nampak kan kat gambo atas tu. Da macam kawah kat bulan la pulok. Apesal tah. Spoil betol. Puas dah dok belek resepi tu kot-kot ade salah masuk bahan ke ape ke. Puas jugak le godek henpon carik nape hasilnya tak secantik yang di impikan. Puas da edit gambo tu gune segala macam apps yang ade kat henpon ni, kengkonon nak bagi la apam tu nampak cantik, licin kulitnya.. Tak boleh jugak. Cis!

Nasib baik la encik boyfie si Mr. E tu puji kite. Katanya cam sedap. Cantik dot dot dia. Untung dia dapat zira. Ceh! Ayat nak sedapkan ati zira lettew. (-_-") 

Tapi tak kesahla..nama pun first experience kan. Mestilah ada yang tak kena. Haha. Takpe-takpe. Leh belajo lagi ni. Nanti da biasa buat ok la tu kan. (ayat sedapkan hati)

Sekian.


Sunday, March 23, 2014

Gaji RM3K itu miskin ?!!

Salam.

Yup ! Rezeki tu memang tak akan datang bergolek sendiri. Ya, memang betol Allah akan tolong hamba-hambaNya yang susah.. tapi kalau tak ade usaha yang korang buat camne nan terbuka pintu rezeki tu. Sedangkan korang sendiri malas nak usaha tolong diri sendiri, camner korang leh expect Allah nk tolong korang. 

Dalam zaman sekarang ni memang tak cukup kalau kita hanya ada satu je keje tetap.. kenapa? Kos sara hidup yang sangat-sangat la tinggi sekarang ni. Sape yang kata dengan gaji korang sekarang cukup angkat tangan !! Alaa yang gaji beso sampai 7 8 riban tu tak payah la angkat, ni zira tanya untuk yang gaji rendah sesama ngan zira je ni. hehe ^__^  Epp !! Bukan nak kata zira tak tau bersyukur taw. Biasa korang-korang ni pikir cenggitu taw :'(

see !! yang dok kelumpo sane tu pn yang gaji 3 riban pn di kira kategori miskin
kalau yang bawah dari tu kira ape plak?

Kan! Tengok siap ade kuar kat utusan lagi.. Zira tak tipu taw. Kos hidup skang memang makin tinggi.. So, disebabkan kos hidup yang semakin tinggi, tapi poket tak jugak tebal...zira gagahkan jugak diri wat bisnes online skang ni. Walaupun tak banyak, tapi alhamdulillah. Dapat la wat tambah-tambah wet makan, wet nak kawen, wet nak shopping, wet nak holiday. Eh? banyak plak? hahaha Alhamdulillah...

Sesape yang rase-rase nak memenuhkan tabung kawen zira tu meh la ramai-ramai beli kat page zira k. Klik je kat Ziera's Online Shop pastu tengok-tengok la, kot-kot ade yang berkenan, jangan malu-malu pm je zira terus k. ^__^

The end.

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370 :')

Salam.


Penuh wall pesbuk dari semalam dengan cerita-cerita tentang kehilangan MH370 ni. Sayu hati bile baca macam-macam dari banyak pihak. Banyak yang bersimpati, tapi banyak jugak yang mengeji. Ish ish ish...tak baik taw korang korang. Cube bayangkan korang yang berada dalam situasi ni... 




dari korang dok hapdet benda-benda tak berpekdah tu baik la korang-korang  yang duduk area Johor tu datang sini...
meh la sesame meramaikan 
moge doa yang dikirim dapat memudahkan urusan mencari pesawat MH370



Amin~ :')

Wednesday, March 5, 2014

Dunia itu hanya pinjaman..




Salam.



Allah tak pernah menjanjikan hidup ini tak akan susah
sedangkan langit jugak tak selalunye cerah..
kekadang hujan datang mencurah-curah...
kekadang angin datang besepoi bahasa..

Mungkin hari ini rezeki datang melimpah-ruah
tapi tak mustahil esok datang menimpa pula musibah
Sesungguhnya segala ape yang kite miliki hari ini
tak mungkin akan jadik milik kita selamanya






Alhamdulillah atas ujianMu in ya Allah...  :')

Saturday, March 1, 2014

Rezeki tu ada di mana-mana

Salam.

Haii uolls!!. Percaya tak rezki tu ade di mana-mana. Yup. InsyaAllah. Zira pecaya kita tak akan mati kebulur kat bumi Allah ni. Bumi DIA ni kan luas. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh idup, apetah lagi kite manusia yang ade kederat 4tulang kerat ni. Selagi ade usaha dan tawakal, insyaAllah...Tuhan takkan biarkan hamba-hambanya.



''Barangsiapa yang betaqwa kepada Nya, nescaya DIA akan mengadakan jalan keluar baginya, dan memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka"


Opps...lupe nak bagitau. Zira da berjaya  jugak bukak satu online shop taw. Name kedai tu Ziera's Online ShopSo, akhir-akhir nie memang zira bizi sikit la yee. Bizi menghaplod,mengedit dan akhirnya mempublish page tu.  Dan Alhamdulillah berjaya jugak dipublishkan... ^__^  Yeehuuu!! Ektuali, page ni untuk sambil-sambil je. Siang masih lagi kena masuk opis, masih lagi kena menghadap bos yang mood cam puting beliung tu. (-_-)'' huhuhu. So far, page ni hanya menjual baju-baju/ skirt /dress / jubah untuk perempuan saje. Yang laki takde. Sory. Hehehe.


baru 32 likes je??
huhu


So, sesape yang ngah online tu mehla klik sesaat dua kat page zira k. Wat tambah-tambah bilangan like tu. hehe. Yang dok sebok cuci-cuci mata tu kot-kot ade yang berkenan leh la pm/comment zira kat page tu ye..

Tenkiu ^__^


Tuesday, January 28, 2014

1st Year as a Worker

Salam.



A year I have been here.



A lot of experiences I have learned.
A lot of stupid ‘kerenah’ I have to face.
A lot of unnecessary things I have to do.
A lot of feelings comes in my life everyday.
Even this is not what I truly looking for..
 I’m very thankful to Allah for giving me this rizqi.. this opportunity
To learn new things.
To know more peoples.

- opismate -

To help my parents (even it is not much)
Thank You Allah.
Dear Allah…
Please help me to be stronger than yesterday
Guide me to be a better person tomorrow
Help me to repay my parents good deed who are looking for me since I was born till now
Help me to create a smile on their face
Help me in everything I do

Amin ya rabbal alamin~


Friday, January 3, 2014

biji angin...adoi ! sakitnye..

Salam.


Adoi ! sakitnye... masuk arini genap 3 hari kena biji angin nie. Biji angin ni cam de gelembung-gelembung yang timbul kat saraf.. leh imagine tak? alaaa tak tau nak describe cmne tapi yang penting cam bintat la lebih kurang. First day masa new year da kena biji angin kat area belakang telinga ni....sakitnya ya ampun. Sampai ke kepala berdenyut nye... (T__T) tsk tsk tsk. 

Puas jugak la mengoogle carik ape petua nak ilang kan. Tak tahan da sakit kepala ni berdenyut-denyut..rase cam nak perah-perah je kepala ni. Antara petua yang berjaya di google tadi adalah:


1) Amek sikit lada hitam + ketumbar + jintan manis. Bubuh dalam buntil pastu tuam kat biji angin (sumber dari cikbetty)


2) Bangun pepagi tu sebelum gosok gigi, amek air liur basi sapu sket kat biji angin. Urut pelan-pelan. Make sure guna air liur sendiri taw, kang guna air liur orang mau seminggu pulak korang demam sebab asyik terngiang-ngiang je bau air liur basi orang hahahaha (yang ni sumber dari page kat fb mane tah..lupe plak link dy hehe)


Carik punye carik ape penyebabnye boleh terkena sakit ni. Tapi kaaaannn, takde satu penjelasan saintifik pun berkaitan dengan penyakit ni. Tak tau mane datang tah.  Tapi ade ter baca jugak kat satu page ni ade yang kata ade darah kotor tersumbat kat saluran saraf...tapi ade jugak yang kata benda ni normal. Tapi scroll punye scroll ade gak yang kata biji angin ni kanser. Erk !! Kanser??!! Omaih. Terkejut baca...  Betol ke? Ntahlaaa... tak tau nak cakap mane satu yang betol nye. 


p/s: Sesape yang penah rase kena sakit cenggini...cercite sket kat zira k. Sakit sangat da ni huhu