Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Thursday, September 27, 2012

Tuhan ! Jagakan Dia...


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan...jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hati


Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday #9 : Renungan Bersama

Salam.



 Tak tau ape kebende tu Wordless Wednesday?? 
Tekan Sini Laju-Laju oke.

Tuesday, September 25, 2012

Ayam masak kunyit sedap !

Salam.

Yeaaaah !.. Hari nie zira nak share sikit resepi ayam goreng kunyit. Orang yang baru-baru nak belajar masak cam zira nie kena la start yang simple2 camnie dulu kan.  Hehe. Nie pun zira belajar dari encik boipren. Balek je keje tadi, terus singgah pasar beli bahan-bahan. Mr. E zira memang pandai masak, semalam dy masak resepi nie. Harini teringin nak try resipi dia.  Jum korang try jugak !!

Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (cincang)
2 cm halia (hiris memanjang)
4 batang kacang panjang (kalau nak taruk sayur laen pun boleh)
Lada (zira tak taruk, if korang suke pedas leh la taruk)
Ayam (potong dadu)
Serbuk kunyit
Garam

Cara-Cara:

1) Perap ayam dengan kunyit dan garam lebih kurang 5 minit.
2) Goreng ayam yang telah di perap setengah masak. Keluarkan dari kuali dan asingkan.
3) Tumis bawang besar, bawang putih, halia & lada.
4) Masukkan sayur dan biar seketika.
5) Masukkan ayam dan serbuk kunyit sedikit.
6) Gaul sekejap. Siap !!



tak sempat nak hias cantik-cantik
time kaseh encik boipren
^_____^

Sunday, September 23, 2012

Demam. Ape ubatnye ??

Salam.



Demam. Ari jumaat aritu balek keje saje tunjuk gentle redah ujan. Padahal member se-praktikal kat opis da pesan jangan balek dulu. Tunggu je kat opis kejap. Tapi zira degil. Nak jugak redah ujan. Padahnya. Ujung minggu nie badan rasa tak sihat sangat. Demam. Selsema. Batuk. Pening kepala. Cukup pakej. Hamek kau ! 

Nak buat ape pun rase tak bermaya sangat. Penat zira mengugel carik segala jenis petua untuk kurangkan sakit nie. Kang esok tak baek jugak, mau satu opis kena virus demam ni kang. Haiih lagi parah...

Antara hasil kegugelan zira:
  1. Orang kata wat air teh campur ngan sikit serpihan kulit kayu manis, pastu minum. Tujuannye untuk buat badan kita panas. So, bile badan panas, selsema pun ilang. 
  2. Ade orang laen pulak kata minum air asam jawa taruk gula pasir atau gula melaka. Untuk menyejukkan badan.
  3. Tak pun rendam kembang semangkuk pastu minum air nye..nanti boleh sejukkan badan.
  4. Cara yang paling senang dan selalu orang cuba minum je air 100plus sebotol. InsyaAllah suhu badan leh jadik normal balek.

Dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya demam itu adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau dengan erti kata lain adalah dengan air zam-zam. Caranya, renjisla air pada tubuh atau berendam dalam air.

Sabda baginda lagi:
Janganlah kau mencai demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.



Kita hanya mampu merancangdan berusaha. 
Allah jua yang menentukan segalanya. 
Moge kesakitan ku ini memberi hikmah di sebaliknya.
Amin~



Friday, September 21, 2012

Good news. Alhamdulillah !

Salam...


Alhamdulillah. 
Akak zira yang nombor 2 tu selamat bersalin semalam. 
Baby girl. 
Arini baru kuar sepital. 
Mase pregnant macam-macam sakit yang datang kat akak.
 Tapi alhamdulillah..sumer nye selamat. 
Baby selamat. 
3.8 kg gitu. 
Mak baby pun alhamdulillah selamat. 


And...
Lastly zira da kompem dapat advisor sape.
Setelah sebulan lebih berpraktikal baru minggu nie dapat.
Tapi di sebabkan advisor zira baru je kawen awal bulan aritu..
so, dy masih lagi cuti berhoneymoon kata nye.


Insyaallah...kalau tak ade aral jumaat depan jumpe dy.
Siap pesan bawak chapter 1 yang da siap complete.
Dy nak check.
Erkk....
Naseb baek da stat wat sikit2 dari aritu.
Takde la terkejar-kejar sangat kan.


Alhamdulillah...
Moge Allah permudahkan semua urusan ku.
Dan dapat siapkan thesis dengan jaya dan cemerlang nya.
Amiin...

Sunday, September 16, 2012

hepi belated besday to him !

Salam.

Weeeee....Da 2 minggu berturut-turut zira pegi dating. Maklum la semenjak duduk satu daerah nie. Pantang cuti, semedang je nak jumpe. Hehehe. Tapi minggu lepas tak boleh nak gerak gie mane pun. Dari pagi sampai malam ujan aje. Tu pun ajak dia lepak uma akak makan2 aje. 

Tapi minggu nie je abes satu JB zira jelajah. Hehe. Sumer shopping mall yang ade zira masuk. Ok yang tu tipu. Ektuali, pegi satu mall je. Tu pun da tak larat nak jalan. Sampai saket2 kaki. Huhu. Nak tengok muvie pun tak de cite yang best. Nak ajak dia tengok cite seram. Dia tak minat. Lemah jantung dia kata. Huhu. Last2 pegi lepak kat danga. Duduk menghadap laut. 

Sebenar nye kiteorang kuar arini sebab nak celebrate besday dia yang lepas. Mase besday dia tu raye pertama so tak sempat jumpe dia. Da sebulan yang lepas baru nak sambut. Hape punye la gelpren la zira nie kan. Hehe. Pepagi raya family zira da gerak balek kampung. Semalam pun cume beli kan dia kek kecik je.Chocolate marshmellow kek. Ntah betol ke tak zira eja tak tau la. Hehe. Nak beli 1 kg kang sape pulak nak menghabehkan. Beli yang 1 slice tu pun da tak larat nak telan. Hehehe.



Hepi besday sayang!
Semoga panjang umur,
Di berikan kesihatan yang baek,
Di kurangkan nafsu nak menhisap rokok,
Di permudahkan urusan di dunia & akhirat,
Di murahkan rezeki....
Nanti boleh la pinang kite cepat2.
Hahaha gatal !

Saturday, September 8, 2012

8 fakta tentang air untuk kecantikan..

Salam sabtu semua!





Air. Bukan saja penting untuk kesihatan badan kita, tapi air jugak boleh memberi impak yang besar kepada kecantikan. Banyak rupanya khasiat air yang boleh kita kaitkan dengan kcantikan. Antaranya....

1) Air putih kalau korang minum 8 gelas sehari bagus untuk cantikkan kulit. Yang nie selalu korang dengar kan. Kulit kita akan jadi lebih cantik, kelihatan lembap dan muda bila air mencukupi dalam badan nie. 

2) Air yang korang blender dengan buah (ala yang korang buat jus tu) pun baik untuk sistem pencernaan dan menjaga kesihatan mata. Tapi dengan syarat...no sugar for your juice ya !

3) Air yang mencukupi jugak bagus untuk melebatkan dan menyihatkan akar rambut. So, sesape yang ade masalah rambut bercabang ke selalu gugr ke..cepat2 minum air masaka banyak2 ok !

4) Air jugak boleh koran gunakan untuk melegakan kaki korang yang letih lepas penat seharian berjalan. Caranya, rendamkan kaki dalam air suam yang bercampur perahan limau nipis. Rendam lebih kurang dalam 15minit je taw. Amalkan seminggu sekali dan korang akan dapat kaki yang cantik dan halus.

5) Tadah air embun di pagi hari dan sapukan ke muka atau di buat air mandi. Bagus untuk kekalkan kecantikan.

6) Bersihkan kotoran di wajah dengan air suam. Jangan guna air panas, kang kering pulak kulit korang nanti.

7) Minum air suam tiap kali bangun tido. Nie cara untuk cantik yang paling mudah, tapi paling mujarab.

8) Buat yang berdiet tu, amalkan minum air panas sebelum atau selepas makan. Nie akan menyebabkan korang rasa kenyang lebih awal. 'Kehangatan' air panas tadi akan mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan lebih efektif.



p/s: minum lah air secukupnya untuk kecantikan yang maksimum. ^___^


Friday, September 7, 2012

Congrats intan !

Salam semua !


Lama da tak hapdet blog. 
Semenjak da praktikal nie takde mase nak hapdet. 
Hehe mane taknye, balek keje.
 Masak. 
Mandi. 
Semayang. 
Bam ! terus tido. 
Tah ape penyakit tah sekarang nie. 
Ngantuk je. 
Rase cepat je nak tido.
Kadang kol 8 mata da start kuyu.
Sampai kadang 'cik abang' marah sebab asyik tido je.
Hehehe.



By the way..ini intan
Classmate zira. 
Dia da tunang aritu tapi tak sempat nak pegi.
Cantik kan. LAen betol muke dia bile kena make-up.
Hehehe.
Happy engagement intan !
Nanti kawen jangan lupe jemput ye.