Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Saturday, September 8, 2012

8 fakta tentang air untuk kecantikan..

Salam sabtu semua!





Air. Bukan saja penting untuk kesihatan badan kita, tapi air jugak boleh memberi impak yang besar kepada kecantikan. Banyak rupanya khasiat air yang boleh kita kaitkan dengan kcantikan. Antaranya....

1) Air putih kalau korang minum 8 gelas sehari bagus untuk cantikkan kulit. Yang nie selalu korang dengar kan. Kulit kita akan jadi lebih cantik, kelihatan lembap dan muda bila air mencukupi dalam badan nie. 

2) Air yang korang blender dengan buah (ala yang korang buat jus tu) pun baik untuk sistem pencernaan dan menjaga kesihatan mata. Tapi dengan syarat...no sugar for your juice ya !

3) Air yang mencukupi jugak bagus untuk melebatkan dan menyihatkan akar rambut. So, sesape yang ade masalah rambut bercabang ke selalu gugr ke..cepat2 minum air masaka banyak2 ok !

4) Air jugak boleh koran gunakan untuk melegakan kaki korang yang letih lepas penat seharian berjalan. Caranya, rendamkan kaki dalam air suam yang bercampur perahan limau nipis. Rendam lebih kurang dalam 15minit je taw. Amalkan seminggu sekali dan korang akan dapat kaki yang cantik dan halus.

5) Tadah air embun di pagi hari dan sapukan ke muka atau di buat air mandi. Bagus untuk kekalkan kecantikan.

6) Bersihkan kotoran di wajah dengan air suam. Jangan guna air panas, kang kering pulak kulit korang nanti.

7) Minum air suam tiap kali bangun tido. Nie cara untuk cantik yang paling mudah, tapi paling mujarab.

8) Buat yang berdiet tu, amalkan minum air panas sebelum atau selepas makan. Nie akan menyebabkan korang rasa kenyang lebih awal. 'Kehangatan' air panas tadi akan mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan lebih efektif.



p/s: minum lah air secukupnya untuk kecantikan yang maksimum. ^___^


3 comments:

hnahdy said...

yeaah minum air kosong setiap hari )

Ziera Ieyah said...

aah hana. minum setiap hari untuk lebih cntik dan sihat. hehe

azie rahimi said...

Yup btol dear. Air mmg penting utk tubuh kita.. Cukup air baru kulit lembap je. Yg kusam tu sbb tak cukup air la kan. Btw jom tgk blog sy pulak http://azierahimi.blogspot.com/2014/01/dance-pad-untuk-kuruskan-badan.html?m=1