Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Sunday, June 17, 2012

Bukan Niat Nak Menjauh

Salam.

Baru2 nie ada orang tegur zira sombong dan cuba lari dari masalah. Rase sedey jugak tapi apa nak buat, mulut orang kita memang tak boleh nak tutup kan. Zira pun da tak larat nak jawab macam mana lagi.Guys, u know my name, not my story.Walaupun pada mulanya memang zira sedey, tapi sekarang zira dah taknak kesah da. Apa yang penting sekarang cume fokus kat study dan macam mana nak jaga hati dan perasaan nie. 

Zira menyepi bukan sebab zira benci. Zira menyendiri sebab...zira cuba untuk terima takdir yang memang da tertulis untuk zira. So, zira rasa diam tu lebih baek, kadang2 banyak bercakap pun tak guna. Orang akan sentiasa salah sangka. Kepercayaan zira pada orang sekeliling da makin pudar, tapi tu tak bermaksud zira salahkan orang laen...cuma zira faham yang manusia nie sifatnya memang selalu berubah-ubah.

Zira cuma merancang yang terbaek untuk diri zira, untuk kamu jugak. Supaya masing2 boleh bahagia. Kita manusia biasa. Memang sering berbuat salah. Tapi kita tak berhak menghukum mereka yang berbuat salah. Walaupun luaran kita berbeza, tapi kita sama je. Masing2 hamba pada yang Maha Esa. Zira tak mintak semua orang paham keadaan zira, cume zira bersyukur kamu da bukak mata zira untuk melihat sesuatu yang zira tak boleh lihat dengan mata kasar. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada zira untuk sedar dari terus berbuat salah.

Bukan niat zira tulis entry nie nak mencanang rahsia sendiri, bukan jugak niat nak mintak simpati apatah lagi menjatuhkan sesiapa. Cuma zira harap kamu2 semua supaya memahami, bukan makin menambah perasa dalam masalah nie. Setiap orang ada alasan masing2 kenapa buat macam tu...we all have a story to told. Zira harap zira tak menyakitkan ati sesape, tak ganggu idup sesape...tu aje. Zira tak membenci...cuma zira rasa menjauh tu lebih baek.





No comments: