Followers

Meh Klik Sini Ramai-Ramai ^____^

KLIK SINI TIAP KALI SINGGAH YE!!

Monday, December 5, 2011

Berita Penting. Mesti baca!!!

Assalamualaikum....


baru je abes kelas da on lappy
pastu ngah syok-syok online ni
mata zira terberhenti jap kat satu artikel ni
artikel pasal beberapa bandar di Malaysia yang di jangka akan tengelam tahun 2020 nanti
tersentap jugak jantung bile bace bende ni 
lagi-lagi bile hometown zira sendiri termasuk dalam senarai list tu kan
tak caye gie tengok kat bawah tu 

|

|

|

|

|
V


klik gambar untuk kejelasan yang nyata


see...see.. nampak kan 
batu pahat pun termasuk dalam list tu
huhu
baca selanjutnye kat bawah nie okay.




JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global. 
Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.  
Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun. -BH

No comments: